Resepi Tiramisu Biskut Tiger Sedap Mudah Simple Ringkas

Resepi Tiramisu Biskut Tiger Sedap Mudah Simple Ringkas.  Projek malam jumaat dengan anak-anak iaitu tiramisu biskut tiger. Senang dan sedap sangat. dalam sepuluh dah siap buat semua. Saya ada sertakan resepi tiramisu biskut tiger sekali.

Resepi Tiramisu Biskut Tiger Coklat
Resepi Tiramisu Biskut Tiger



Resepi Tiramisu Biskut Tiger Coklat Mudah Senang Lemak Berkrim

  1. Satu paket biskut tiger
  2. Empat sudu tepung kastard
  3. Satu cawan air
  4. Setengah tin susu pekat
  5. Satu cawan susu full cream atau satu tin susu cair
  6. Satu sudu aisen vanilla
  7. Satu cubit garam


Cara Buat Tiramisu Biskut Tiger

Cara membuat tiramisu biskut tiger :

  1. Masukkan ke dalam periuk susu full cream, susu pekat, tepung kastard, satu cawan air dan kacau laju-laju agar  agar tepung kastad tidak berketul. 
  2. Masukkan satu cubit garam bersama aisen vanila dan kacau lagi sampai sebati.
  3. Bila kuah menjadi agak sedikit pekat, sila tutup api dapur.
  4. Susun biskut tiger dalam bekas dan tuang kuah castard tadi atas biskut secara selang seli sampai habis.
Sekarang dah siap. Hiaskan tiramisu biskut tiger anda dengan coklat chip atau taburan milo. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×