Resepi Vietnam Spring Roll Mudah Sedap Simple Ringkas

Resepi Vietnam Spring Roll Mudah Sedap Simple Ringkas. Salam semua. Saya nak kongsikan resepi popia vietnam spring roll dan resepi sos popia vietnam. Pelanggan suka dan semua bagi maklum balas positif, sedap dan kena dengan selera orang kita.Sesiapa nak buat jual, meniaga atau makan bersama ahli keluarga boleh lah ambil resepi vietnam spring roll ni. Saya halalkan dunia dan akhirat.

Resepi Sos Vietnam Spring Roll
Resepi Vietnam Spring Roll


Resepi Vietnamese Spring Rolls Sedap Senang Simple

Bahan untuk buat vietnam spring roll :

  1. Kulit vietnam spring rolls
  2. Timun batang jepun (hiris secara memanjang)
  3. Salad
  4. Lobak ( hiris secara memanjang)
  5. Daun pudina
  6. Daun ketumbar
  7. Bihun atau suhun yang telah dicelur
  8. Udang yang telah dicelur
  9. Isi ketam atau Crab stick yang telah dicelur

Cara  Membuat Vietnam Spring Roll

Cara buat vietnam spring roll :

1. Celup kulit popia ke dalam air suam sekejap terus angkat.
2. Letakkan salad dahulu kemudian baru bahan-bahan lain.
3. Gulung seperti gulung popia biasa.

Resepi Sos Vietnam Spring Roll

Bahan untuk buat vietnam spring roll sauce :

  1. Separuh ketul nisan atau gula melaka
  2. Lima cawan air
  3. Tiga sudu besar penuh tepung jagung (kacau dgn sedikit air)
  4. Tiga hingga empat biji cili api merah yang pedas banyak biji tu dan di cincang halus
  5. Tiga senduk kecik sos plum
  6. Tiga senduk kecik sos cili thai
  7. Dua senduk kecik jus limau siam dalam botol
  8. Tujuh hingga sembilan sudu besar penuh gula ( boleh rasa sendiri nanti)
  9. Dua hingga tiga sudu kecik garam(boleh rasa sendiri)
  10. Tiga ulas bawang putih yang dicincang halus


Cara Membuat Sos Vietnam Spring Roll

Cara buat sos vietnam spring roll :

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali tepung jagung. Apabila mendidih masukkan tepung jagung. Kacau sampai pekat. Seimbangkan rasa masam, masin, manis, dan pedas. Biar kena dengan selera.

No comments:

Post a Comment

×