Resepi Cek Mek Molek Sukatan Cawan

Resepi Cek Mek Molek Lembut Sukatan Cawan. Menu minum petang, kuih cek mek molek bersama air tea o panas. Memang sedap dan syok. Ada juga orang panggil ni dengan nama kuih mek comel. Antara kuih tradisional kegemaran saya. Saya kongsikan resepi kuih cek mek molek sedap :

Resepi Cek Mek Molek Sukatan Cawan
Cek Mek Molek Sukatan Cawan

Resepi Cek Mek Molek  Sedap Tradisional Asli Simple

Bahan untuk resepi cek mek molek mudah :
  1. Satu kilogram Ubi keledek
  2. Satu setengah cawan tepung gandum
  3. Garam
  4. Gula
Cara Buat Cek Mek Molek

Cara cara membuat cek mek molek :
  1. Rebus ubi keledek bersama garam secukup rasa sampai empuk tapi jangan terlalu lembik dan toskan
  2. Lenyek ubi keledek tersebut ketika masih suam.
  3. Bila ubi keledek sudah sejuk, baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Uli sampai  menjadi doh dan tidak melekat ditangan
  5. Masukkan dan tekankan sikit gula pada adunan, tapi jangan banyak sangat
  6. Gentel cantik-cantik
Akhir sekali, goreng guna api kecil agar kuih mek comel masak sekata dan gula tidak hangus. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment