Resepi Cupcake Pisang Coklat Chip Sukatan Cawan Mudah

Resepi Cupcake Pisang Aka Resepi Muffin Coklat Chip Sukatan Cawan Mudah Sedap. Sesiapa yang hendak cuba buat muffin pisang boleh ambil resepi muffin pisang yang paling mudah dan sedap. Sukatan yang saya gunakan dapat lima belas biji muffin size sederhana. Semoga memberi sedikit manfaat.


Cara Buat Muffin Pisang Coklat
Resepi Muffin Coklat Simple


Resepi Muffin Pisang Coklat Chip Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi cupcake pisang simple :

Bahan A

  1. Satu setengah cawan tepung gandum
  2. Satu sudu kecil serbuk penaik
  3. Sedikit baking soda
  4. Sedikit kecil garam
  • Sila ayak semua bahan diatas

Bahan B


  1. Satu biji telur
  2. Setengah cawan gula
  3. Satu setengah biji pisang berangan size besar
  4. Satu per tiga cawan minyak masak
  5. Satu sudu kecil esen vanila

  • Kisar semua bahan menggunakan blender


Bahan C


  1. Coklat chip

Cara Buat Muffin Pisang Coklat 

Cara cara Buat Cupcake Pisang


  1. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius selama lima minit
  2. Masukkan bahan A yang telah diayak ke dalam bahan B sedikit demi sedikit sampai adunan menjadi sebati.
  3. Tuang adunan muffin pisang coklat separuh acuan
  4. Tabur coklat chips

Akhir sekali, ambil muffin pisang coklat chip bakar pada suhu 160 selama setengah jam atau sampai masak mengikut kapasiti oven masing-masing. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×