Resepi Gulai Tempoyak Tauhu Thai Asli Original Tradisional

Resepi Gulai Tempoyak Tauhu Thai Asli Original Tradisional. Jiran dekat rumah saya ada keturunan pattani, thailand. Semalam dia ada bagi gulai tempoyak santan original thailand. Dia suruh saya rasa, memang sedap dan terbaik. Katanya orang pattani memang selalu buat tauhu gulai tempoyak santan untuk makan dengan nasi. Jadi saya apa lagi terus capai pen dan catat resepi gulai tempoyak santan thai original :

Resepi Gulai Tempoyak Tauhu Santan
Resepi Gulai Tempoyak Santan


Resepi Tauhu Masak Gulai Tempoyak Santan Thai Asli

Bahan untuk resepi tauhu gulai tempoyak santan tauhu thai  :

  1. Taufu ( potong )
  2. Satu kilogram santan
  3. Petai
  4. Udang
  5. Serai ( ketuk )
  6. Tempoyak
  7. Daun serai
  8. Cili padi, garam gula ( tumbuk sekali untuk lebih sedap )
  9. Tempe ( resepi asal tak letak, saya saja letak sebab saya suka tempe )

Cara Masak Gulai Tempoyak Tauhu Thai

Cara-cara membuat gulai tempoyak santan thai :

  1. Masukkan semua bahan bersama air dua tiga cawan kecuali tauhu, petai dan udang 
  2. Kacau dan letak serbuk kunyit
  3. Masukkan pula tempoyak dan kacau lagi
  4. Masukkan sekilogram santan
  5. Tambahkan air sikit
  6. Biarkan dan bila agak dah masak letak tauhu, petai dan udang

Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan kepada ahli keluarga. Rasakan kenikmatannya, pasti mabeles.Selamat mencuba.

> Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin Pahang Original Asli

No comments:

Post a Comment