Resepi Ikan Singgang Terengganu Asli Original Tradisional

Resepi Ikan Singgang Terengganu Asli Original Tradisional. Nasi dengan kuah singgang memang tidak dapat dipisahkan dalam semua lapisan masyarakat  Terengganu. Inilah dia menu kebanggaan, warisan turun temurun zaman berzaman rakyat Terengganu Darul Iman. Dan, kuah ikan singgang jugalah menjadi masakan pertama saya ketika mula-mula belajar masak dahulu dengan mak. Resepi ikan singgang tradisional paling sedap dan paling mudah, guna empat bahan dan main-main agak-agak sahaja.

Resepi Singgang Ikan Tongkol Terengganu Asli
Resepi Singgang Ikan Tongkol Terengganu


Resepi Singgang Ikan Terengganu Asli Original Tradisional

Bahan untuk resepi singgang ikan aye :

  1. Ikan Aye aka Ikan Tongkol ( Ikan lain pun boleh juga )
  2. Lengkuas
  3. Kunyit hidup
  4. Bawang putih
  5. Asam keping
  6. Garam dan gula secukup rasa

Cara Masak Ikan Singgang Terengganu

Cara cara buat ikan singgang terengganu :


  1. Panaskan air sampai mendidih
  2. Campakkan kesemua bahan diatas
  3. Masukkan ikan sampai masak
  4. Tutup api dapur

Dah siap masukkan dalam pinggan dan hidangkan atas meja. Makan dengan nasi panas-panas bersama sambal belacan, budu, tempoyak dan ulam-ulaman. Nak lauk ikan singgang lagi sedap, masak hari ini esok lusa panaskan semula baru makan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment