Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa. Salam semua, saya hendak kongsikan resepit jamu kunyit asam untuk kessihatan dalaman dan luaran tubuh badan kita. Untuk makluman, saya sudah dua kali bersalin dan dua kali bentan. Tapi sejak amal kan minum jamu air kunyit asam, Alhamdulillah badan semakin sihat.Rasa jamu kunyit asam pun sedap.Sangat sesuai untuk mereka yang tengah diet dan melancarkan haid.Resepi jamu kunyit asam mudah dan simple sahaja :

Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa
Jamu Kunyit Asam Jawa

Resepi Jamu Kunyit Asam Jawa Mudah Sedap Simple

Bahan untuk buat jamu kunyit asam jawa :

  1. Ibu kunyit
  2. Asam jawa
  3. Halia
  4. Habatussauda
  5. Gula batu
  6. Gula melaka
  7. Lemon (habis stok, biasa saya akan letak)

Cara Buat Jamu Kunyit Asam Jawa

Cara-cara membuat jamu kunyit asam jawa :

  1. Rebus dengan empat cawan air sampai jadi satu cawan
  2. Bila nak minum letak madu satu sudu.

Hampas rebusan jangan buang.Buang biji asam sahaja kemudian kisar kasar dan masukkan setengah cawan beras untuk buat lulur mandi.. Saya amalkan jus jamu kunyit asam seminggu sebelum period dan seminggu selepas haid.