Resepi Kek Carrot Kukus Sukatan Cawan

Resepi Kek Carrot Kukus Gebu Sukatan Cawan. Pertama kali buat kek carrot kukus yang mudah, lembut, gebu dan sedap ini. Resepi kek carrot kukus sedap kawan yang bagi semalam. Syukur menjadi. Saja je saya letak dalam cawan kertas untuk bagi nampak macam apam carrot kukus untuk tarik perhatian anak. Resepi kek carrot kukus simple je, guna resepi kek lobak merah kukus sukatan cawan.

Resepi Kek Carrot Kukus Simple Sukatan Cawan
Resepi Kek Carrot Kukus Sukatan Cawan


Resepi Kek Carrot Kukus Mudah Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kek carrot kukus simple sukatan cawan :

1. Bahan kisar

  1. Dua biji telur
  2. Setengah cawan gula
  3. Tiga per empat minyak jagung
  4. Satu sudu kecil esen vanilla

  • Kisar sampai kembang


2. Bahan ayak

  1. Satu cawan tepung gndum
  2. Satu sudu kecil baking pwder
  3. Setengah sudu kecik soda bikarbonat

  • Ayak kesemua bahan dan ayak

3. Lain-lain :

  1. Satu cawan carrot ( parut )
  2. Sedikit badam halus (yang orang tabur pada biskut almond london )


Cara Buat Kek Carrot Kukus

Cara cara membuat kek carrot kukus :

  1. Masukkan tepung ke dalam bahan kisar tadi. Mix sampai rata.
  2. Masukkan carrot dan badam halus. Mix lagi hingga rata
  3. Tuang adunan kek lobak merah ke dalam loyang atau acuan.

Akhir sekali, ambil loyang yang berisi adunan kek carrot kukus selama setengah jam atau sampai masak. Siap. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×