Resepi Kek Red Velvet Kukus Bakar Sukatan Cawan Cheese Leleh. Resepi kek red velvet yang sama tapi saja saya cuba bakar dan kukus. Hasilnya kedua kek red velvet gebu dan lembut namun yang kek red velvet bakar naik sama rata walaupun ada retak sikit pada permukaan manakala kek red velvet kukus pula naik membuncit pada bahagian tengah. Apa apa pun, misi berjaya. Sesiapa yang sedang mencari resepi kek red velvet mudah dan sedap mungkin boleh cuba resepi kek red velvet gebu sukatan cawan yang saya kongsikan dibawah. Semoga bermanfaat.

Resepi Kek Red Velvet Sukatan Cawan
Resepi Kek Red Velvet


Resepi Kek Red Velvet Cheese Sukatan Cawan

 Bahan untuk resepi red velvet cheese sukatan cawan :

  1. Satu cawan susu cair
  2. Satu sudu besar cuka makan
  3. Satu sudu besar pewarna merah
  • Satukan semua bahan diatas dan biarkan dalam sepuluh minit

  1. 250g buttercup
  2. Satu sentegah cawan gula kastor(bleh kurang)
  3. Sedikit esen vanilla
  4. Empat biji telur
  5. Dua setengah cawan tepung naik sendiri
  6. Satu sudu kecil serbuk koko
  7. Satu sudu kecil soda bikarbonat  dicampur dengan satu sudu kecil cuka makan(buat masa step akhir)

Bahan Topping Kek Red Velvet Cheese

Resepi Red Velvet Sukatan Cawan
Berikut merupakan bahan untuk membuat toping kek red velvet :

  1. 250 gram cream cheese
  2. Satu per empat cawan whipping cream
  3. Setengah cawan susu pekat
  4. Satu per empat cawan susu cair


Cara Buat Kek Red Velvet

Cara cara membuat kek red velvet step by step:

  1. Mix buttercup,esen vanilla serta gula hingga kembang
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan mix lagi.
  3. Selepas itu, masukkan tepung yang dicampur dengan serbuk koko sedikit demi sedikit berselang seli dengan buttermilk tadi hingga habis
  4. Akhir sekali masukkan soda yang telah dicampur dengan cuka dan kaup balik je.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang size 8 yang sudah disapu dengan sedikit minyak. 


Resepi Kek Red Velvet Bakar Sukatan Cawan

  1. Bakar pada suhu 160 selama 45 minit atau sampai masak mengikut kapasiti oven masing. Tapi jangan over bake ye nanti kek akan keras kat luar.


Resepi Kek Red Velvet Kukus Sukatan Cawan


  1. Kukus selama lima belas minit atau sampai masak menggunakan api besar.


Sementara menunggu kek red velvet masak, ambil bahan untuk sediakan topping kek red velvet. Caranya, mix cream cheese hingga kembang. Masukkan whipping cream dengan susu dan mix lagi. Masukkan susu cair, kalau nak meleleh leleh letak banyak sikit. Tuang atas kek red velvet homemade anda. Simple sahaja kan cara nak buat kek red velvet, selamat mencuba semua.