Resepi Ketam Masin Cara Cina Sedap Simple Mudah. Saya sekarang berada di Tanjung Lumpur. Semalam saya baru balik bercuti dari Limbang, Sarawak. Daerah Limbang memang sangat terkenal dengan ketam kalok atau ketam nipah. Harga di sini memang murah jika dibandingkan dengan kawasan lain di Sarawak. Harga semasa ketam nipah antara rm14 hingga 20 bergantung kepada saiz dan jantina. Yang pastinya masih segar sebab hidup lagi ketam yang dijual. Jika ketam dah di hantar  ke Miri harganya sudah naik satu kali ganda. Jadi, tengah hari ini saya ingin kongsikan resepi ketam masin simple :

Resepi Ketam Masin Sedap
Resepi Ketam Masin Cara Cina



Resepi Ketam Telur Masin Sedap

Bahan untuk resepi ketam masak telur masin mudah :

Bahan goreng :
  1. 5 ekor Ketam
  2. Garam
  3. Serbuk lada hitam
  4. Tepung jagung

Bahan rebus :

  1. Dua biji telur masin

Bahan Tumis
  1. Dua hingga sudu butter
  2. Bawang putih
  3. Cili padi
  4. Daun kari
  5. Susu Cair
  6. Garam
  7. Gula

Cara Masak Ketam Telur Masin.

Cara cara masak ketam telur masin mudah :

  1. Goreng ketam bersama bahan-bahan yang telah dinyatakan diatas. Hati-hati kerana ketam akan meletup apabila digoreng.
  2. Rebus dua biji telur masin. Asingkan telur kuning dengan telur putih. Hancurkan. Saya pakai satu setengah biji telur putih kerana telur kali ini agak masin.
  3. Cairkan dua hingga tiga sudu butter. Kemudian, tumis bahan tumisan sampai naik bau. Dah naik bau masukkan setengah cawan susu cair. Masukkan gula dan garam. Bila sudah mendidih, masukkan telur masin yang telah dihancurkan bersama ketam goreng tadi
  4. Kacau bagi rata.
Siap. Selamat mencuba.