Resepi Kuih Bakar Jagung Sedap Sukatan Cawan

Resepi Kuih Bakar Jagung Sedap Sukatan Cawan. Cerita sarapan tadi, kami sekeluarga makan kuih bakar moden yang telah di ubahsuai daripada kuih bakar tradisional iaitu kuih bakar jagung lemak manis berkrim dan pancake lembut dan gebu perisa pisang. Cara nak buat kek bakar jagung senang sahaja, saya guna resepi kuih bakar jagung sukatan cawan.

Resepi Kuih Bakar Jagung Mudah
Resepi Kuih Bakar Jagung Sedap


Resepi Kuih Bakar Jagung Sukatan Cawan Mudah Ringkas

Bahan untuk kuih bakar jagung simple :
  1. Satu suku cawan tepung gandum
  2. Dua jagung disisir
  3. Tiga per empat cawan gula
  4. Tiga biji telur gred B
  5. Dua cawan santan
  6. Satu cawan susu
  7. Secubit garam
  8. Dua sudu tepung kastard
  9. Dua sudu marjerin
  10. Sedikit pewarna kuning

Cara Buat Kuih Bakar Jagung

Cara cara membuat kuih bakar jagung :

Kisar semua bahan sampai sebati. Kemudian tuang adunan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak atau majerin. Akhir sekali bakar pada suhu 160 selama satu jam atau sampai masak Mengikut kapasiti oven masing-masing. Siap dan selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment