Resepi Labu Sayur Air Terengganu Asli Original Tradisional. Kalau kawan-kawan semua nak tahu, labur sayur air adalah salah satu antara masakan tradisional dan popular di kalangan masyarakat pantai timur terutama Terengganu baik pada hari biasa mahupun ketika kenduri diadakan. Jom sahaya kongsikan resepi labu sayur air terengganu tradisional :

Resepi Labu Sayur Air Terengganu Sedap
Resepi Labu Sayur Air Terengganu


Resepi Labu Sayur Air Terengganu Original Sedap Simple Mudah

Bahan untuk resepi labu sayur air terengganu sedap :

  1. Satu biji labu air saiz sederhana ( kupas,belah dua dan potong )
  2. Dua ekor ikan selayang rebus
  3. Satu sudu besar lada hitam ( jika nak pedas, letak lebih )
  4. Empat ulas bawang merah
  5. Dua ulas bawang putih.
  6. Air secukupnya untuk kuah (saya letak air 1/3 periuk sahaja kerana labu akan mengeluarkan air )
  7. Segenggam daun kesumn
  8. Setengah genggaman daun kemangi atau daun selasih
  9. Budu ( nak letak takpe, tak nak letak pun takpe )
  10. Garam


Cara Masak Labu Sayu Air Terengganu

Cara cara buat sayu labu air terengganu :

  1. Tumbuk kasar (lada hitam,bawang putih serta bawang merah)
  2. Kemudian ambil isi ikan dan tumbuk sedikit
  3. Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan tutup guna tundung periuk
  4. Apabila labu sudah empuk, kiranya dah siap lah tu.

Cara nak masak labu sayur air terengganu mudah sahaja kan, selamat mencuba.