Resepi Lolipop Bayam Sedap Mudah Simple Ringkas Rangup

Resepi Lolipop Bayam Sedap Mudah Simple Ringkas Rangup. Tersenyum sendiri apabila kali pertama berjaya buat anak-anak makan bayam. Waktu mereka menjerit sedapnya, terima kasih ibu.  Tanpa sedar air mata ibu menitis jatuh ke pipi.

Resepi Lolipop Bayam Sedap
Resepi Lolipop Bayam


Resepi Lolipop Bayam Mudah Dan Sedap

Bahan untuk resepi lolipop bayam simple :


  1. Dua biji telur
  2. Satu sudu besar mayonis
  3. Secubit garam
  4. Segenggam daun bayam yang diracik halus
  5. Satu sudu besar carrot disagat (untuk manis semulajadi)

Cara Buat Lolipop Bayam

Cara cara membuat lolipop bayam :


  1. Pukul semua bahan sampai sebati
  2. Panaskan kuali non stick sapu minyak sikit
  3. Tuang telur tinggalkan sedikit untuk gam tepi
  4. Gulung kemas sampai hujung gam pakai baki telur.
  5. Potong dan cucuk guna lidi.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×