Resepi Puding Karamel Kukus Sukatan Cawan

Resepi Puding Karamel Kukus Sukatan Cawan. Siapa suka puding caramel ? Selalu buat resepi kek puding karamel biasa tapi kali ni saya masukkan biskut tiger sekali. Makin sedap pula dia, rasa lemak-lemak tambah gebu gebas gitu dalam mulut. Jom lah cuba, saya kongsikan resepi puding karamel paling mudah dan simple :

Resepi Kek Puding Karamel
Resepi Puding Karamel


Resepi Puding Karamel Sukatan Cawan Sedap Mudah Simple

Bahan untuk resepi puding karamel simple :

Bahan A
  1. Lima biji telur
  2. Satu cawan air
  3. Setengah tin susu pekat
  4. Sepuluh keping biskut tiger ( tak letak pun takpe )
Bahan B

  1. Tiga sudu besar gula
  2. Dua sudu besar air


Cara Buat Puding Karamel Mudah

Cara cara membuat puding karamel sukatan cawan :

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam pengisar dan kisar semuanya. Mudah kerja.
  2. Ambil bahan B,  masak guna api kecil sampai gula tukar warna perang sikit dan tutup api. 
  3. Kemudian tuang bahan kisar tadi ke dalam bahan b.


Akhir sekali, ambil adunan puding karamel kukus selama empat puluh minit. Dah siap terbalikkan dalam pinggan dan simpan dalam peti ais. Siap.

No comments:

Post a Comment

×