Resepi Sambal Mangga Muda Sedap Mudah Ringkas. Resepi sambal mangga muda ini saya dapat masa sambung belajar di Kelantan. Orang Kelantan panggil sambal pauh mudo. Orang Terengganu pula panggil pelam mude. Tempat anda panggil apa buah mangga ye? Memang mudah dan simple sangat, guna tiga bahan sahaja tapi rasanya sangat mabeles, boleh buat bertambah nasi sampai tiga pinggan.

Resepi Sambal Mangga Muda Sedap
Resepi Sambal Mangga Muda


Resepi Sambal Mangga Muda Simple Senang Special

Bahan untuk resepi sambal mangga muda ringkas :

  1. Mangga Muda
  2. Ikan sardin atau kembung ( rebus bersama air yang telah dicampur asam keping dan garam )
  3. Cili Padi

Cara Buat Sambal Mangga Muda

Cara cara membuat sambal mangga muda :

  1. Potong dan cincang mangga.
  2. Rebus ikan dengan air yang telah dicampur asam keping dan garam.Toskan.
  3. Kemudian, tumbuk manja isi ikan, mangga muda dan cili padi
  4. Perasakan
  5. Siap.

Yang nak ubahsuai tambah asam boi ke, perah limau nipis ke  dan yang sewaktu dengannya boleh sahaja. Dan, kalau nak lagi sedap, makan bersama nasi lauk ikan singgang, ikan goreng, budu serta ulam-ulaman. Selamat mencuba.