Resepi Sambal Tempe Kering Tahan Lama Ikan bilis Kacang. Kudapan tempe goreng berlada kesukaan anak lelaki saya. Bila nak balik asrama, selalu suruh saya bekalkan untuk makan dengan kawan-kawan di sekolah. Resepi sambal tempe kering simple sahaja, kawan-kawan boleh tengok dekat bawah :

Resepi Sambal Tempe Kering Ikan Bilis
Resepi Sambal Tempe Kering


Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis Kering Tahan Lama

Bahan untuk buat sambal tempe kering :
  1. Enam keping tempe
  2. Ikan bilis
  3. Dua puluh tangkai lada kering ( tumbuk )
  4. Enam biji bawang putih ( tumbuk )
  5. Dua sudu biji ketumbar
  6. Sedikit gula melaka
  7. Tiga per empat cawan gula pasir
  8. Satu sudu kecil garam

Cara Masak Sambal Tempe Kering

Cara cara membuat sambal tempe kering :


  1. Goreng tempe, kacang tanah dan bilis sampai garing. Asingkan seketika.
  2. Tumiskan lada, bawang putih sampai naik bau dan garing ,
  3. Masukan gula melaka, garam serta gula pasir.
  4. Masukkan bahan yang telah digoreng tadi.
  5. Kacau sampai rata dan sebati
Bila dah siap, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.