Resepi Sekaya Telur Terengganu Asli Original Tradisional

Resepi Sekaya Telur Terengganu Asli Original Tradisional. Alhamdulillah siap juga kuih sekaya telur Terengganu yang sedap, lembut dan lemak manis ini. Sesiapa yang tidak pernah makan atau rasa kuih tradisional orang Terengganu mungkin boleh cuba buat mengikut resepi kuih sekaya telur terengganu yang saya kongsikan dibawah. Tak rugi pun kalau buat sekaya telur terengganu sebab rasanya memang sedap dan cara nak buat sekaya telur Terengganu pun mudah je. Resepi pulut sekaya telur simple sahaja, saya guna resepi pulut sekaya telur sukatan cawan.

Resepi Sekaya Telur Terengganu Ori
Resepi Sekaya Telur Terengganu



Resepi Sekaya Telur Terengganu Original 

Bahan untuk resepi sekaya telur terengganu sedap :

  1. Sepuluh biji telur
  2. Satu kerek nisan( lebih kurang seketul gula melaka)
  3. Setengah cawan gula
  4. Satu setengah cawan santan pekat
  5. Dua helai daun pandan (carik )
  6. Secubit garam
  7. Secubit esen vanilla

Cara Buat Sekaya Telur

Cara cara membuat sekaya telur :

  1. Kisar santan, gula dan nisan sehingga larut ( potong nisan kecil-kecil )
  2. Masukkan telur, garam dan esen vanilla. Kacau sampai sebati. 
  3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang dan letak daun pandan.

Akhir sekali, ambil adunan sekaya telur kukus selama dua puluh minit atau sehingga masak. Dah masak biarkan sejuk kemudian simpan dalam peti ais sekejap.Baru makan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment