Resepi Tauhu Berlauk Kukus Sedap Simple Mudah Ringkas. Sudah lama rasanya saya tidak buat tauhu berlauk yang mudah dan sedap ini. Kebetulan ada masa terluang dan bahan yang mencukupi, boleh lah saya buat tahu berlauk untuk makan seisi keluarga..Memang sedap tauhu berlauk, lebih lebih lagi kalau makan bersama lada kicap.

Resepi Tauhu Berlauk Kukus Sedap
Resepi Tauhu Berlauk Kukus


Resepi Tauhu Berlauk Kukus Mudah

Bahan untuk resepi tauhu berlauk simple :

  1. Empat ketul tauhu
  2. Dua tiub tauhu jepun
  3. Isi ayam atau udang
  4. Cili merah
  5. Daun bawang
  6. Daun sup
  7. Empat telur ayam
  8. Garam, 
  9. Serbuk lada putih 
  10. Serbuk perasa (maggie cukup rasa)

Cara Buat Tauhu Berlauk

Cara cara membuat tauhu berlauk :

  1. Kisar tauhu, tauhu jepun, dua biji telur, serta isi ayam atau udang.
  2. Kemudian, masukkan hirisan daun bawang dengan ciili merah.
  3. Perasakan guna garam, serbuk lada putih serta serbuk maggi cukup rasa
  4. Gaul sampai rata
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas plastik

Akhir sekali, kukus selama lima belas minit atau sampai adunan menjadi keras.Potong mengikut saiz yang anda mahu. Pukul dua biji telur, celup dan goreng. Siap. selamat mencuba.