Resepi Tepung Pelita Mudah Sedap Simple Sukatan Cawan. Petang tadi saya ada buat satu lagi kuih tradisional iaitu kuih tepung pelita tapi gaya moden kerana saya guna resepi tepung pelita tanpa kukus. Senang dan simple sangat. Jom lah buat. Resepi kuih tepung pelita sukatan cawan ada saya sertakan sekali untuk rujukan kawan-kawan semua.

Resepi Tepung Pelita Mudah
Resepi Tepung Pelita


Resepi Tepung Pelita Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi tepung pelita sedap :


A) Bahan Lapisan Hijau :


  1. Satu cawan tepung beras
  2. Satu sudu besar tepung jagung
  3. Satu cawan gula
  4. Tujuh cawan air daun pandan ( kisar daun pandan, tapis dan sukat airnya)
  5. Sedikit pewarna hijau (jika warna daun pandan tidak mencukupi)


Cara Buat Tepung Pelita


Masukkan kesemua bahan dan sebatikan. Kemudian masak atas dapur guna api sederhana sampai mendidih serta berkilat. Tutup api dapur dan tuang adunan ke dalam bekas atau daun pisang yang telah disediakan. Asingkan seketika.


B ) Bahan Lapisan Putih (Santan)



  1. Tiga per empat cawan tepung beras
  2. Setengah sudu besar tepung jagun
  3. Tujuh cawan santan (campur dua cawan air dan lima cawan pati santan)
  4. Setengah sudu kecil garam


Cara Membuat Tepung Pelita

Masukkan kesemua bahan dan sebatikan. Selepas itu, masak guna api sederhana sampai mendidih dan berkilat. Tutup api serta curahkan atas lapisan hijau yang telah kita buat tadi. Biarkan seketika untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam fridge. Siap.