Resepi Agar Agar Pandan Santan Sukatan Cawan

Resepi Agar Agar Santan Pandan Sukatan Cawan. Ini hari kita ada buat agar-agar santan pandan mudah untuk jamuan raya sekolah anak Sesiapa yang nak resepi agar agar santan pandan yang sedap, lembut, gebu dan tanpa was was boleh lah ambil dekat bawah. Semoga membantu dan memberi sedikit menfaat.

Resepi Agar Agar Santan Pandan Sedap
Resepi Agar Agar Santan Pandan


Resepi Agar Agar Santan Pandan Sedap

Bahan untuk resepi agar agar santan pandan simple :

  1. 20 gramm agar agar bertali ( nak pakai serbuk agar-agar yang 10 gram atau 11 gram pun boleh )
  2. Lima cawan air
  3. Satu cawan gula.. Nak lagi manis sila tambah 1/4 cawan gula
  4. Satu biji telur
  5. Satu kotak santan kara 200 ml + dengan satu cawan air = dua cawan santan
  6. Tiga helai daun pandan ( Simpulkan )
  7. Satu sudu kecil pewarna hijau epal (star brand)
  8. Esen vanilla sikit Kalau tak letak pun boleh sahaja.
  9. Garam sikit


Cara Buat Agar Agar Santan Pandan

Cara cara membuat agar agar santan pandan :

  1. Masak agar agar tali bersama air sampai larut. 
  2. Masukkan gula dan kacau hinga rata
  3. Masukkan daun pandan dan  pewarna hijau. Kacau lagi
  4. Pecah telur ke dalam santan.. Kacau sampai rata dan sebati (guna whisk)
  5. Tuang terus ke dalam periuk agar agar tadi.
  6. Masukkan sedikit garam dan sedikit esen vanilla. Kacau sekejap.
  7. Biarkan agar agar mendidih sampai permukaan periuk.
  8. Jangan kacau, tutup api dan keluarkan daun pandan
  9. Tuang ke dalam loyang.
  10. Biarkan sejuk. 

Agar agar dengan sendiri terbentuk menjadi dua lapisan sama.( boleh juga setelah tuang adunan ke dalam loyang, cuba gerak gerakkan loyang kiri kanan sekejap supaya bila sejuk agar agar menjadi mudah terbentuk lapisan sama atas bawah ). Simpan dalam peti sejuk. Potong ikut suka.Boleh makan dan selamat mencuba.

> Resepi Agar Agar Santan Pandan Gula Merah Sukatan Cawan

No comments:

Post a Comment