Cara Check Nama Blacklist Imigresen. Assalamualaikum dan good morning. Ada yang nak ke luar negara samada bercuti atau nak sambung belajar? Jangan lupa untuk cek semakan status kawalan imigresen pada laman web Jabatan Imigresen Malaysia untuk mengetahui anda mempunyai sekatan perjalanan atau tidak bagi memudahkan semua urusan. Bimbang kalau semua sudah sedia, tetiba nama blacklist imigresen. Parah.

Imigresen Senarai Hitam
Imigresen Senarai Hitam


Semakan Senarai Hitam Imigresen

Cara Check Imigresen Senarai Hitam :

  1. Buka atau klik Imigresen Malaysia Website > http://sspi2.imi.gov.my/
  2. Masukan nombor Mykad
  3. Kalau data tunjukan tiada sekatan bermakna anda bebas untuk keluar negara. 


Namun diingatkan juga untuk anda membuat semakan di Pejabat Imigresen Negeri atau berhampiran untuk lebih kepastian tentang status anda kerana terdapat kes, semakan imigresen online menyatakan lepas untuk perjalanan ke luar negara namun ditahan di lapangan terbang akibat nama blacklist imigresen akibat hutang PTPTN dan lain-lain. Semoga membantu ya. Salam.