Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu Asli Original Tradisional. Siapa pernah makan lauk ikan masak sepuh yang sedap dan sihat ni? Ikan panggang kosong, hiris bawang merah tabur atas ikan, siram dengan sos special. Lauk paling rare dan penuh tradisi sebab setakat ini hanya jumpa di Terengganu sahaja, negeri lain tak tahu lah kot kalau ada juga. Saya kenal dengan ikan masak sepuh masa pergi rumah kawan satu kolej masa belajar dulu di Terengganu. Lama betul tak jumpa dia. Masa pekena hari tu, dia hidangkan sekali dengan sayur lemak. Memang nikmat sampai saya habis tiga pinggan. Sebelum balik terus pesan suruh tulis siap-siap resepi ikan masak terengganu :

Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu Asli
Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu


Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi sos ikan masak sepuh sedap :
  1. Dua sudu besar cili boh
  2. Dua sudu besar nissan atau gula melaka ( nak letak lebih nak kurangkan pun boleh )
  3. Setengah sudu kecil air asam jawa
  4. Belacan
  5. Garam

Cara Buat Ikan Masak Sepuh

Cara masak ikan masak sepuh :

  1. Masukkan semua bahan diatas dalam lesung
  2. Gual sampai sebati
  3. Kena guna lesung juga tau baru ada sedap.

Dah siap buat sos ikan masak sepuh, siram atas ikan panggang kosong bersama hirisan bawang tadi. Selamat mencuba.

> Resepi Rojak Kateh Terengganu Asli Tradisional Original