Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Sedap. Lauk orang rumah saya tengahari tadi iaitu ketam masak lemak cili api yang mudah dan sedap. Semua ahli rumah makan tambah nasi akibat penangan ketam masak lemak kuning. Resepi ketam masak lemak cili api simple sahaja, ada saya kongsikan dibawah. Moga memberi sedikit manfaat ya.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Sedap
Ketam Masak Lemak Cili Api Sedap


Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Mudah Sedap Simple

Bahan untuk resepi ketam masak lemak sedap :

  1. Serai
  2. Asam keping
  3. Santan separuh
  4. Garam
  5. Gula
  6. Perencah hilal
  7. Air


Bahan Kisar :

  1. *Bawang putih seulas
  2. *Bawang besar sebiji
  3. *Kunyit hidup atau serbuk kunyit
  4. *Cili merah atau cili padi


Cara Masak Ketam Masak Lemak Cili Api

Cara cara membuat ketam masak lemak cili api :


1. Kisar bahan yang bertanda * dan tumis sekali masukkan serai serta asam keping.
2. Masukkan sedikit air dan ketam.
3. Akhir sekali masukkan gula, garam, perencah hilal serta santan.

Nota ketam masak lemak cili api, kalau ada daun kunyit boleh bubuh sekali. dan resepi diatas turut boleh digunapakai jika anda mahu masak udang  masak lemak cili api atau lala masak lemak cili api. Selamat mencuba.