Resepi Bingka Cheese Sukatan Cawan Mudah Sedap Lembut. Pernah tak dengar bengkang cheese? Percubaan pertama buat kuih bingka cheese, syukur alhamdulillah menjadi. Resepi bengkang cheese mudah sangat, yang  paling penting lembut dan sedap tau. Saya sertakan sekali resepi bingka cheese simple ;

Bingka Cheese Resepi
Bingka Cheese Resepi


Resepi Bengkang Cheese Sukatan Cawan Mudah Simple Sedap

Bahan untuk resepi bingka cheese sedap :

Bahan A :

  1. Satu paket agar agar tali (saya guna separuh sahaja )
  2. Tiga cawan air
  3. Tiga sudu gula

  • Masak sampai mendidih dan asingkan seketika.


Bahan B :

  1. Tiga biji telur ayam
  2. Setengah tin susu pekat ( nak manis lebihkan, dan sebaliknya )
  3. Dua cawan tepung gandum
  4. 250 gram krim cheese tattura
  5. 250 gram butter
  6. Satu sudu esen vanila


Cara Buat Bingka Cheese

Cara cara membuat bingka cheese ;

  1. Pukul telur sampai kembang
  2. Masukkan butter,cheese tattura,esen vanilla,susu pekat
  3. Pukul sampai betul-betul kembang.
  4. Masukkan tepung secara perlahan-lahan untuk bagi sebati.
  5. Kemudian, masukkan agar agar (yang masih panas) sambil pukul laju-laju.


Step akhir, masukkan adunan bingka cheese kedalam loyang.yang telah digris dan bakar pada suhu 160 selama satu jam.atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing. Siap. Cara nak buat bingka cheese mudah je kan, selamat mencuba.