Resepi Ayam Masak Hitam Mamak Mudah Sedap Simple Ringkas Cepat. Menu tengahari tadi keluarga kami mudah sahaja, ayam masak hitam ala mamak. Sekejap je licin. Anak-anak semua suka, siap minta ibu dia buat lagi esok. Saya selitkan sekali resepi ayam masak hitam mudah : 

Ayam Masak Hitam Utara
Ayam Masak Hitam Mamak


Resepi Ayam Masak Hitam Utara Sedap Senang Kerisik

Bahan untuk resepi ayam masak hitam simple :

Bahan A : Blend :


  1. Satu labu bawang besar
  2. Lapan tangkai cili kering
  3. Setengah cawan air



  • Blend sampai sebati bahan diatas


Bahan B :  Ayam


  1. Setengah ekor ayam 
  2. Serbuk kunyit sikit
  3. Garam sikit



  • Potong dan gaul ayam dengan garam dan kunyit sampai sebati
  • Goreng hingga separuh masak


Bahan C


  1. Minyak masak
  2. Satu keping gula melaka
  3. Kicap( saya guna kicap mudim)
  4. Satu asam keping
  5. Dua sudu besar kerisik


Cara Buat Ayam Masak Hitam Mamak

Cara Buat Ayam Masak Hitam Utara :


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang kita blend tadi
  2. Bila lada kering agak agak dah masak masukkan gula melaka.
  3. Bila gula melaka dah cair atau hancur, masukkan asam keping serta kerisik.
  4. Kemudian masukkan ayam serta kicap.


Step akhir, gaul rata hingga agak pekat dan ayam masak sepenuhnya. Siap. Cara masak ayam masak hitam mamak mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Nasi Ayam Simple Mudah Sedap Ringkas Cepat