Resepi Ayam Phat Phet Thai Sedap Mudah Simple Ringkas. Salam semua. Saya ingin kongsi resepi ayam phat phet thailand yang menjadi sumber pendapatan sampingan saya ( jualan secara COD sahaja ). Syukur sampai hari ini masih menjadi pilihan pelanggan dan laku keras.. Resepi ayam masak phat phet  thailand ori telah saya ubah sikit memenuhi selera tekak orang melayu kita. Saya selitkan sekali resepi ayam phat phet ala thai :

Resepi Ayam Phat Phet Thai
Ayam Phat Phet Ala Thai


Resepi Ayam Phat Phet Thailand Sedap Mudah Asli Original 

Bahan untuk resepi ayam phat phet thai mudah :

  1. Setengah ekor ayam (potong kecil)
  2. Tujuh ulas bawang merah
  3. Lima ulas bawang putih
  4. Dua inchi kunyit hidup atau satu sudu besar serbuk kunyit
  5. Lima batang serai
  6. Sepuluh biji cili padi hijau atau merah
  7. Lima helai daun limau purut
  8. Tiga keping asam
  9. Satu labu bawang besar potong wedges
  10. Gula
  11. Garam


Cara Buat Ayam Phat Phet Thai

Cara masak ayam phat phet thai :

  1. Blendkan kasar bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, cili padi serta daun limau purut.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang kita blend sampai pecah minyak 
  3. Masukkan ayam ( saya biasa goreng dulu ayam separuh masak ).
  4. Masukkan asam keping, garam serta gula.
  5. Masukkan daun limau purut. 


Step akhir,  masukkan bawang dan tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas. Cara membuat ayam phat phet thai mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.