Resepi Kacang Kuda Pedas Manis Sedap Mudah Simple Ikan Bilis. Sedap sambil tengok tv relax relax makan kacang kuda rebus tapi ni versi kacang kuda pedas manis. Tak sedar sekejap sahaja licin dibantai oleh anak-anak dan suami. Saya sertakan resepi kacang kuda goreng pedas manis ;

Kacang Kuda Pedas Manis Resepi
Kacang Kuda Pedas Manis


Resepi Kacang Kuda Pedas Manis Ikan Bilis Sedap

Bahan untuk resepi kacang kuda pedas mudah :

  1. Satu mangkuk besar kacang kuda ( rendam tingga hingga empat jam, kemudian rebus )
  2. Satu biji bawang besar * kisar
  3. Satu ulas bawang putih * kisar
  4. Satu mangkuk kecil ikan bilis
  5. Daun kari
  6. Dua seduk kecil cili kering yang telah siap dikisar
  7. Gula dan garam secukup rasa.


Cara Buat Kacang Kuda Pedas

Cara membuat kacang kuda pedas :

  1. Tumis bahan kisar
  2. Masukkan ikan bilis
  3. Agak garing masukkan pula daun kari
  4. Kemudian, masukkan cili kering masak sampai naik minyak
  5. Masuk gula


Step akhir, masukkan kacang kuda yang siap direbus dan garam. Siap. Cara buat kacang kuda pedas manis mudah je kan, selamat mencuba semua.