Resepi Onde Onde Gula Merah Sukatan Cawan Mudah Simple.  Syukur dah siap kuih onde onde yang lembut dan tidak liat kerana saya ada campur tepung gandum. Bentuknya elok je, bulat-bulat, tak kemek serta tak pecah. Tapi yang paling penting adalah bau kuih onde onde wangi sebab saya guna pandan original dari pokok pandan yang saya tanam dekat luar rumah. Ada gak sesetengah orang panggil kuih onde onde sebagai kuih buah melaka tau. Saya sertakan sekali resepi onde onde sukatan cawan :

Resepi Onde Onde Sukatan Cawan
Resepi Onde Onde Gula Melaka


Resepi Buah Melaka Sukatan Cawan Kukus Mudah Sedap

Bahan untuk resepi kuih onde onde gula melaka :

Bahan A : Doh

  1. Dua cawan tepung pulut
  2. Tiga sudu besar membukit tepung gandum
  3. Secubit garam
  4. Satu cawan air ( saya kisar daun pandan empat helai dengan air, lepas tu baru saya sukat satu cawan )
  5. Pewarna hijau
  • Satukan semua bahan diatas dan uli sampai adunan tidak melekat pada tangan


Bahan B : Inti

  1. Gula Melaka
  • Potong dadu

Bahan C

  1. Kelapa parut
  2. Garam
  • Gaul kelapa parut dengan garam


Cara Buat Onde Onde Gula Merah

Cara Buat Onde Onde Gula Melaka :

  1. Panaskan air dalam periuk sampai mendidih
  2. Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan inti gula melaka pada bahagian tengah.
  3. Gentelkan bulat untuk tutup isi gula melaka tersebut.
  4. Kemudian, masukkan kuih onde onde tersebut ke dalam air panas mendidih
  5. Tunggu sampai kuih onde onde timbul
  6. Dah timbul, angkat dan toskan.

Step akhir, golekkan kuih onde onde atas kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Sekarang sudah boleh dimakan. Cara membuat onde onde gula melaka mudah je kan selamat mencuba semua.