Resepi Serunding Kelapa Udang Kering Mudah Sedap Simple

Resepi Serunding Kelapa Udang Kering Mudah Sedap Simple. Pagi tadi kami satu keluarga makan pulut serunding kelapa bersama air kopi kurang manis untuk breakfast. Syukur mendapat sambutan, sekejap je habis tau. Jom saya kongsikan resepi serunding kelapa udang kering mudah :

Serunding Kelapa Udang Kering Resepi
Serunding Kelapa Udang Kering


Resepi Serunding Kelapa Udang Kering Sedap

> Cara Tanak Pulut Guna Rice Cooker

Bahan untuk resepi serunding kelapa udang kering simple :

  1. Satu biji kelapa parut
  2. Satu biji bawang besar
  3. Satu biji bawang putih
  4. Satu inchi halia
  5. Satu setengah inchi kunyit hidup
  6. Satu batang serai
  7. Satu paket udang kering
  8. Tiga sudu besar cili kering yang telah di kisar .
  9. Garam dan gula secukup rasa

Cara Buat Serunding Kelapa Udang Kering

Cara membuat serunding kelapa udang kering :


  1. Tumis semua bahan kecuali kepala hingga masak.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga kering
  3. Perasakan guna garam dan gula
  4. Siap.


Cara buat serunding kelapa mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Serunding Ikan Sardin Sedap Mudah Simple Ringkas

No comments:

Post a Comment

×