Resepi Sushi Halal Malaysia Homemade Mudah Sedap Simple. Jamuan sekolah akhir tahun untuk kali ini kita buat kelainan sedikit, sekali sambut hari lahir ibu buatkan sushi nak makan dengan kawan serta guru sekolah katanya. Saya selitkan ya resepi sushi sedap, mudah dan simple ;

Sushi Malaysia Halal
Sushi Halal Malaysia


Resepi Sushi Mudah Homemade Telur Ikan Salmon Tuna

Bahan untuk resepi sushi malaysia :

Bahan A

  1. Beras sushi
  2. Cuka sushi
  3. Rumpai laut



Bahan B : Topping

  1. Telur dadar gulung
  2. Telur Ikan
  3. Crab stick
  4. Chicken floss
  5. Carrot
  6. Timun jepun
  7. Mayonis
  8. Tuna dan yang sewaktu dengannya (ikut selera masing-masing )


Cara Buat Sushi Malaysia

Cara Buat Sushi Halal :

  1. Masak beras tiga pot ( air tiga setengah pot )
  2. Bila sudah masak, masukkan ke dalam besen atau talam
  3. Sejukkan seketika 
  4. Kemudian gaul rata dengan cuka sushi ( jika tiada cuka sushi boleh guna cuka biasa yang dicampur dengan sedikit gula ).
  5. Ambil sehelai rumpai laut 
  6. Ratakan nasi,sapu mayonis serta letakkan topping mengikut selera kita.
  7. Gulung elok-elok. (nak lebih kemas pakai tikar sushi )
  8. Saya tak guna tikar kerana dah biasa gulung sendiri
  9. Gam sushi pakai mayonis


Step akhir, gam sushi yang telah siap digulung guna mayonis. Siap dah boleh potong. Oh ya, bagi mereka yang nak sushi petak boleh gunakan acuan sushi ya. Cara buat sushi mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Golden Ball Sushi King Sedap Mudah Simple Terbaik