Resepi Bingka Susu Sukatan Cawan Mudah Simple Senang Paling Sedap

Resepi Bingka Susu Sukatan Cawan Mudah Simple Senang Paling Sedap. Cuti-cuti ni waktu bersantai bersama keluarga macam-macam idea keluar dari kepala. Semalam pergi berkelah dalam kebun kelapa sawit siap sempat goreng ayam kari dekat sana, pekena pulak dengan nasi lemak panas-panas.Fuh sedap dan terbaik. Hari ini saya dan anak anak gotong royong pula buat bengkang susu untuk sarapan. Saya selitkan resepi bengkang susu sukatan cawan :


Resepi Bingka Susu Sukatan Cawan
Bingka Susu Sukatan Cawan


Resepi Bingka Susu Brunei Sukatan Cawan Mudah Sedap Ringkas Terbaik

Bahan untuk resepi bingka susu mudah :

  1. Dua biji telur
  2. Satu cawan susu cair
  3. Tiga per empat cawan gula
  4. Satu setengah cawan tepung gandum
  5. Satu cawan susu tepung
  6. Garam secubit
  7. Tiga setengah cawan air

Cara Buat Bengkang Susu

Cara membuat kuih bingka susu ;

  1. Blend semua bahan diatas.
  2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah di gris dengan majerin. ( saya guna loyang 8x8 )
  3. Panaskan oven dahulu dalam lima minit

Step akhir, bakar bingka susu pada suhu 200 selama sejam. Siap. Cara buat kuih bingka susu mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Bingka Jagung Bakar Sukatan Cawan Mudah Sedap

No comments:

Post a Comment

×