Buang Angin Dalam Badan Cara Tradisional Lawas Buang Air Besar

Buang Angin Dalam Badan Cara Tradisional Lawas Buang Air Besar. Resepi buang aingin dalam badan untuk kesejahteraan tubuh badan. Musim sejuk begini amatlah sesuai untuk minum air rebusan kurma ni sebab ianya mampu menghangatkan badan,  membuang angin dalam badan serta melawaskan pembuangan air besar. Rasanya adalah manis-manis kurma gitu. Saya kongsikan resepi jus buang angin dalam badan yang saya serta ahli keluarga amalkan sejak zaman berzaman. Lelaki perempuan semua boleh kecuali orang yang sedang mengandung ( dalam pantang sangat boleh ye ). 

Resepi Buang Angin Dalam Badan
Buang Angin Dalam Badan Cara Tradisional

Resepi Minuman Buang Angin Dalam Badan

Bahan untuk resepi jamu buang angin dalam badan ;

  1. Tiga biji kurma
  2. Sebatang serai ( tumbuk )
  3. Satu inchi halia
  4. Nak letak herba lain macam manjakani dan sewaktu dengannya pun boleh ya.


Cara Buang Angin Dalam Badan Dengan Cepat

Cara Buang Angin Dalam Badan Secara Tradisional :

  1. Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam periuk
  2. Rebus bersama lima cawan air sampai menjadi dua cawan air.


Sekarang, siap untuk diminum. Amalkan setiap hari atau tiga kali seminggu. Cara buat jamu buang angin dalam badan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

No comments:

Post a Comment

×