Resepi Cream Puff Coklat Sukatan Cawan Gebu Lembut Mudah Simple Paling Sedap

Resepi Cream Puff Coklat Sukatan Cawan Gebu Lembut Mudah Simple Paling Sedap. Biasa kebanyakan orang buat cream puff tradisional yang warna kuning, saya lak buat cream puff chocolate yang mudah, sedap dan gebu. Bosan sangat duk kat rumah petang semalam sebab takde cerita menarik dalam tv, anak-anak pulak semua keluar pergi main dengan kawan-kawan kat dalam kampung sana. Jadi untuk elakkan masa terluang macam tu je, adalah lebih baik saya godek-godek dapur untuk dapatkan sesuatu. Lagipun ahli rumah semua suka makan cream puff ni. Saya selitkan sekali dibawah untuk sesiapa yang nak mencuba resepi cream puff step by step :

Cream Puff Coklat Sukatan Cawan
Resepi Cream Puff Coklat Sukatan Cawan



Resepi Cream Puff Sedap Dan Mudah Gebu Simple Ringkas

Cream Puff Resepi
Cream Puff Coklat Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi cream puff sedap sukatan cawan :

Bahan A : Ayak

  1. Satu cawan tepung cake
  2. Dua sudu besar serbuk koko
  • Ayak kedua-dua bahan diatas


Bahan B

  1. Satu cawan air
  2. Setengah sudu kecil garam
  3. Satu sudu besar gula
  4. Setengah cawan mentega tanpa garam
  5. Tiga biji telur


Cara Buat Cream Puff Coklat Sukatan Cawan

Resepi Cream Puff Gebu Sukatan Cawan
Cream Puff Gebu Sukatan Cawan


Cara membuat cream puff sukatan cawan :

  1. Panaskan bahan B kecuali telur sampai mentega cair. Tutup api.
  2. Masukkan bahan yang kita ayak tadi secara sekali gus dan kacau sampai sebati.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul. Pastikan adunan likat serta boleh dipaipkan.
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang
  5. Griskan loyang guna minyak atau alas dengan kertas minyak atau kertas parchment.
  6. Paipkan adunan ke atas loyang.


Step akhir, bakar pada suhu 210 selama dua puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Biarkan sejuk sikit dalam oven baru keluarkan kuih cream puff tu ye untuk elak cream puff kempis atau turun. Bila dah siap semua, potong cream puff pada bahagian tengah, dan letak inti nutella atau coklat ganache atau yang sewaktu dengannya mengikut selera masing-masing. Kalau suka boleh tabur badam yang telah dibakar. Cara buat cream puff coklat gebu mudah je kan, selamat mencuba semua.

No comments:

Post a Comment

×