Resepi Golden Ball Sushi King Mudah Simple Ringkas Cepat Paling Sedap. Diner kami sekeluarga malam ini golden ball ala sushi king yang mudah dan sedap. Peminat sushi king mesti taukan rasa dia macamana. Bila tau cara buat golden ball sushi king sendiri ni, kita boleh letak topping sampai melimpah ruah ikut untuk makan puas-puas. Saya kongsikan resepi sushi golden ball yang sedap dan mudah dekat bawah ye :

Golden Ball Sushi King Recipe
Golden Ball Sushi King Recipe


Resepi Golden Ball Ala Sushi King Yang Sedap Dan Mudah

Bahan untuk golden ball sushi king recipe :

Bahan A
:
  1. Telur ayam ( rebus serta kupas kulitnya )
  2. Minyak untuk menggoreng


Bahan B : Bahan Salut

  1. Telur ayam  ( pukul rata )
  2. Tepung tempura
  3. Breadcrumb secukupnya


Cara Buat Golden Ball Sushi King

Cara membuat golden ball sushi king ;

  1. Rebuskan telur ayam sampai masak.
  2. Dah masak,  biarkan seketika untuk sejuk dan kupas kulitnya.
  3. Celupkan telur yang telah siap direbus dan dikupas kulit tadi dengan telur yang telah kita pukul rata.
  4. Kemudian, salutkan dengan tepung tempura sampai rata. Ulang dua kali.
  5. Kembali celupkan dalam telur.
  6. Selepas itu, salutkan pula dengan breadcrumb sampai rata.


Step akhir, panaskan minyak dan goreng sampai warna bertukar kuning keemasan. Angkat, tos serta ketepikan seketika untuk kita buat topping golden ball sushi king.

Resepi Topping Golden Ball Sushi King

Biarkan sejuk dan di potong tengah2nya.

Bahan untuk resepi topping golden ball sushi king sedap:

  1. Isi ketam
  2. Mayonis


Cara Buat Topping Golden Ball Sushi King

Cara membuat topping golden ball sushi king ;

  1. Rebus sebentar isi ketam. Angkat serta toskan. 
  2. Hiris halus isi ketam tadi. 
  3. Kemudian gaulkan bersama mayonis sampai rata.


Sekarang, ambil golden ball yang telah kita biarkan tadi dan potong dibahagian tengah. Letak topping dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba. Cara nak buat golden ball sushi king mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.