Resepi Japchae Halal Asli Korea Sedap Mudah Simple Chapchae Maangchi

Resepi Japchae Maangchi Korea Halal Asli  Malaysia Ayam Daging Mudah Dan Sedap Simple.  Masak apa hari sedare?  Kepada mereka yang sedang bekerja, kompem tengah fikir petang ni nak masak apa untuk ahli keluarga kan. Jika idea masih belum muncul, moh jenguk resepi masakan Korea, resepi korean japchae, yang saya kongsikan dekat bawah. Mudah je cara nak buat japchae korea ni. Sedap pun sedap.

Sebelum itu, saya nak bagitau awal-awal yang saya bukan peminat drama korea atau k-pop pop. Saya hanyalah seorang penggemar rancangan masakan. Kadangkala kita mesti mencuba masak makanan negara lain pulak.Al maklumlah, nak ke Korea fulus tiada, hanya boleh tengok salji Seoul dalam peti ais di rumah. 

Perkara yang menarik tentang Korean cuisine yang saya dapat lihat ialah seni serta teknik penyediaan masakan mereka. Terdapat tertibnya dan masakan akan dihidang bersama hiasan yang cantik dan menggoda. Senang cerita, lebih kurang Bento yang dihias oleh si ibu untuk bekalan anaknya ke sekolah.Sekarang jom saya kongsikan resipi japchae :

Resepi Japchae Korea Asli Halal
Resepi Japchae Halal Asli Korea


Resepi Japchae Korea Halal Mudah Simple Paling Sedap

Bahan untuk resepi japchae malaysia :

Bahan A : Bahan Perapan


  1. Ayam/ Daging
  2. Soy Sauce
  3. Seulas bawang putih ( cincang )
  4. Minyak bijan
  5. Serbuk lada hitam
  6. Cendawan Shitake
  7. Madu ( kalau suka )

  • Perap semua bahan diatas sekejap.


Bahan B


  1. Glass noodle ( kalau takde, gantikan dengan laksa atau suhun ye )

  • Rebus glass noodle sekejap
  • Toskan.


Bahan C : Hiris


  1. Telur Dadar ( hiris )
  2. Cendawan Shitake
  3. Daun bawang
  4. Sawi
  5. Carrot
  6. Bawang Besar
  7. Kobis
  8. Baby Spinach ( rebus )
  9. Dan lain-lain sayur sayuran yang anda suka.

  • Goreng setiap jenis sayur secara berasingan ( satu per satu dengan menggunakan sedikit minyak dan secubit garam ). 
  • Kecuali baby spinach, rebus dan toskan.

Cara Buat Japchae Korea


Cara Membuat Japchae atau Chapchae :

  1. Masukkan glass noodle yang telah siap direbus dan tos ke dalam bahan perapan japchae tadi.
  2. Gaul bagi rata
  3. Kemudian, masuk semua jenis sayur- sayuran yang kita goreng satu persatu tadi.
  4. Gaul lagi kasi rata.
  5. Siap


Kalau nak feel korea lebih, gunalah chopstick masa gaul ye.Dan jika nak lagi pedas,  tambah cili potong. Cara buat Japchae Malaysia mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Kimchi Halal Mudah Dan Sedap Korea Asli

No comments:

Post a Comment

×