Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Sedap Simple Yang Mudah Ala Mamak

Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Sedap Simple Yang Mudah Ala Mamak. Siap kari ikan tanpa santan untuk dinner kejap lagi. Kali ini kami satu keluarga pekena kari ikan siakap. Syukur, suami puji cakap sedap dan boleh lawan yang mamak india punya. Tips memasak kari ikan ini kalau nak tahu, rempah kari jangan ditumis ye. Saya selitkan resepi kari ikan tanpa santan yang mudah dan sedap :

Kari Ikan Tanpa Santan Sedap
Kari Ikan Tanpa Santan Simple


Resepi Kari Ikan Tanpa Santan Simple Sedap Mudah Ringkas

Bahan untuk resepi kari kepala ikan tanpa santan :

  1. Seekor ikan siakap  ( goreng dulu separuh masak )
  2. Dua bungkus kecil rempah kari ikan babas
  3. Kacang bendi ( nak letak banyak mana ikut suka )
  4. Air asam jawa + air


Bahan tumisan :

  1. Dua batang serai  ( titik )
  2. Satu inci halia ( ketuk tapi jangan lumat sgt )
  3. Empat ulas bawang putih ( tumbuk )
  4. Lima ulas bawang merah ( tumbuk )
  5. Daun kari
  6. Dua kuntum bunga lawang
  7. Dua biji tomato ( belah empat )
  8. Sedikit ikan bilis ( tumbuk hancur bagi memaniskan kari )

Cara Masak Kari Ikan Tanpa Santan

Cara buat kari ikan tanpa santan :


  1. Tumis bahan tumisan pakai minyak yang kita buat goreng ikan tadi sampai naik bau
  2. Kemudian, masukkan air bersama rempah kari dan masak sampai rempah kari betul-betul masak.

Step akhir, masukkan ikan,  air asam jawa  serta bendi..Masak sampai terbit minyak. Cara buat kari ikan tanpa santan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam

No comments:

Post a Comment

×