Resepi Kerang Rebus Sedap Cicah Sos Ala Thai Isi Terbuka Bersih Bekilat Tak Kecut. Malam tadi kami sekeluarga jamu kerang rebus cicah sos pencicah thai homemade. Sedap sangat sampai tak sedar habis satu periuk besar. Ada yang suka makan kerang tak macam kami ? Kami satu keluarga memang penggemar tegar makanan seafood. Setiap kali kalau buat mee goreng ke, mee kari ke, kerabu ke, air asam ke, sambal ke dan lain-lain yang sewaktu dengannya, tiap kali tu jugak mesti kena letak kerang atau bahan-bahan seafood yang lain macam sotong dan udang. Biasa saya pakai kerang frozen je yang ada jual kat supermarket, tapi semalam masa lalu dekat pasar ternampak kerang dengan harga yang murah tambah pula stok kerang dalam peti ais dah makin kurang. Apa lagi terus sambar dua tiga kilogram untuk bekalan di kemudian hari. Jadi hari ini saya nak kongsikan kepada semua tentang sedikit petua yang telah di perturunkan kepada saya oleh mak saya sejak bertahun tahun lamanya iaitu cara rebus kerang agar cepat terbuka dengan isi yang bersih dan besar.


Resepi Kerang Rebus Pedas
Resepi Kerang Rebus Sedap

Resepi Kerang Rebus Pedas Ala Thai Mudah Sedap Simple Bersih

Bahan untuk resepi kerang rebus ala thai :

  1. Air
  2. Garam Sikit
  3. Air Batu


Cara Merebus Kerang Agar Cepat Terbuka

Cara rebus kerang agar terbuka dengan mudah :


Cara Merebus Kerang Dara
Cara Merebus Kerang

Pertama, jerang air sampai mendidih dan masukkan garam sikit. Biarkan sekejap untuk ia kembali mendidih. Kemudian, masukkan kerang dan masak selama tiga minit. Toskan.



Cara Cuci Kerang Bersih Dengan Mudah
Cara Cuci Kerang Berih



Ambil bekas, isikan air batu bersama sedikit air

CARA MEMPERSIHKAN KERANG
Cara Bersihkan Kerang



Rendam selama beberapa minit kerang yang telah siap kita rebus tadi dalam ice bath dan kupas.

Kerang Rebus Pedas
Kerang Rebus Sedap


Siap. Lihat hasilnya, cantik bukan. Isi kerang bersih berkilat dan besar gitu. Sekarang dah boleh nak masukkan dalam apa-apa masakan ataupun nak ratah macam tu je. Selamat mencuba semua. Semoga perkongsian mengenai cara cuci kerang bersih diatas dapat memberi sedikit manfaat ya. Jangan lupa kongsikannya juga dengan yang lain. Salam.