Resepi Mee Kuning Homemade Tanpa Kapur Tanpa Pewarna Tanpa Bahan Pengawet. Mee kuning buatan sendiri tanpa mesin, tanpa asid borik, tanpa pewarna dan tanpa kapur serta tanpa was-was dijamin halal. Nak cuba ? Saya selitkan sekali resepi mee kuning homemade dan cara buat mie kuning sendiri :

Resepi Mee Kuning Homemade
Mee Kuning Homemade


Resepi Mee Kuning Homemade Mudah Sedap Simple Ringkas

Bahan untuk resepi mee kuning mudah :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu biji telur
  3. Sedikit garam 
  4. Sedikit serbuk kunyit 
  5. Sedikit air


Cara Buat Mee Kuning Homemade

Cara membuat mee kuning homemade ;

  1. Kacau rata telur, garam serbuk kunyit dan air.
  2. Masukkan tepung dan air bancuhan tersebut sikit demi sikit sampai jadi doh yang tidak melekat pada tangan. ( Sama macam cara  kita buat donat )
  3. Bila dah siap uli, ambik sedikit doh dan canaikan atau leperkan dan gelek sampai nipis
  4. Kemudian, potong secara halus-halus guna pisau. ( tabur tepung sedikit ye agar tak melekat )


Step akhir, didihkan air dalam periuk. Masukkan minyak masak sikit dan rebus mee kuning tadi sampai masak. Angkat dan toskan. Untuk elak mee kuning melekat, sila lumur minyak tapi kalau nak goreng terus tak perlu lumur minyak dah terus boleh goreng. Cara buat mee kuning sendiri di rumah mudah je kan, selamat mencuba semua.