Resepi Pajeri Rebung Utara Asli Original Tradisional Sedap. Dah lama tak makan dan buat pajeri rebung. Ramai tak yang suka pajeri rebung macam saya ? Antara lauk paling peberat saya ni. Lawan pula dengan ikan masin serta sambal belacan. Hadoii, tak tahulah berapa kali dapat tambah nasi. Ni saya sertakan sekali resepi pajeri rebung utara ori : 

Resepi Pajeri Rebung Utara
Resepi Pajeri Rebung


Resepi Pajeri Rebung Utara Original Asli Tradisional Simple

Bahan untuk resepi masak pajeri rebung :
  1. Rebung yang telah direbus
  2. Dua paket kecil rempah daging
  3. Kerisik
  4. Santan ( kuantiti bergantung kepada kuah )
  5. Satu sudu besar udang kering
  6. Dua susu besar gula merah
  7. Dua sudu besar gula putih
  8. Minyak untuk tumisan.


Bahan tumis
  1. Tiga ulas bawang merah ( tumbuk )
  2. Tiga ulas bawang putih ( tumbuk )
  3. Dua inchi halia
  4. Empat sekawan ( bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis )
  5. Daun kari

Cara Membat Pajeri Rebung

Cara memasak pajeri rebung :

  1. Tumis bahan-bahan yang telah kita tumbuk bersama rempah 4 sekawan serta daun kari.
  2. Dah agak garing, masukkan rempah daging yang siap dibancung dengan air.
  3. Biar garing sikit, bolehlah masukkan udang kering, rebung, gula merah serta gula putih dan gaul sampai sekata.
  4. Bila sudah pecah minyak betul, masukkan santan, kerisik dan perasakan.
  5. Biarkan sampai agak pekat

Kalau yang suka berkuah, bolehlah tambah air sikit. Siap. Cara buat pajeri rebung mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.