Resepi Puding Roti Pelangi Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple Lembut Gebu. Makan petang untuk hari ini, puding roti pelangi simple..Resepi puding roti kukus mudah ikut sukatan cawan je senang nak buat. Tak perlu timbang timbang bagai. Memang paling sedap, secukup rasa jika ikut resepi ni dengan betul. Saya kongsikan resepi puding pelangi kukus sukatan cawan :

Resepi Puding Roti Pelangi Sukatan Cawan
Puding Roti Pelangi Sukatan Cawan


Resepi Puding Roti Pelangi Mudah Sedap Simple Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi puding roti pelangi sedap ;

  1. Sepuluh gram agar-agar serbuk
  2. Satu cawan gula
  3. Tiga cawan air
  4. Dua sudu makan marjerin
  5. Tiga jenis perwarna



Bahan Blend

  1. Empat keping roti
  2. Dua biji telur
  3. Satu tin susu cair
  4. Satu sudu teh esen vanila

  • Blend semua bahan blend diatas sampai halus


Cara Membuat Puding Roti Pelangi Sukatan Cawan

Cara Buat Puding Roti Pelang Sukatan Cawan :

  1. Masak agar-agar, gula dengan air sampai larut serta mendidih.
  2. Masukkan bahan yang kita blend tadi ke dalam adunan agar-agar yang sedang mendidih.
  3. Perlahankan api dan kacau sampai mendidih 
  4. Selepas itu, masukkan marjerin
  5. Tutup api dapur dan kacau sampai sebati.
  6. Bahagikan kepada tiga warna
  7. Titik pewarna secara selang seli.


Step akhir, simpan dalam peti sejuk sebelum potong.  Cara nak buat puding roti pelangi mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.