Resepi Sup Tauhu Jepun Sedap Simple Mudah Telur Cendawan Sayur

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Sedap Simple Mudah Dan Ringkas.  Sup tofu telur adalah antara salah satu kegemaran anak-anak saya. Dalam sebulan, kompem kena buat lauk sup tofu jepun ni. Nasib baik cara buat sup tofu jepun simple je. Resepi sup tauhu jepun mudah dan sedap ada saya selitkan dekat bawah :

Resepi Sup Tauhu Jepun Sedap
Resepi Sup Tauhu Jepun



Resepi Sup Tauhu Jepun Simple Mudah Sedap Ringkas

Bahan untuk resepi tauhu telur sos tiram :

  1. Tauhu telur ( goreng dengan minyak yang sudah betul-betul panas )
  2. Bawang putih ( cincang )
  3. Serbuk lada hitam
  4. Udang atau  isi ayam
  5. Dua sudu besar sos tiram
  6. Cendawan shimeji  atau fresh shitake atau cendawan enoki
  7. Lobak merah  ( hiris halus memanjang )
  8. Daun sup ( hiris )
  9. Tepung ubi  ( bancuh bersama sedikit air, ktapi klu takde boleh juga gantai dengan tepung jagung )
  10. Dua biji telur  ( pukul pakai garfu )
  11. Garam
  12. Serbuk perasa ( jika suka)


Cara Masak Tauhu Telur Sos Tiram

Cara Buat Sup Telur Sedap :


  1. Tumis bawang putih bersama sedikit minyak. Masukkan ayam atau udang serta serbuk lada hitam
  2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan
  3. Apabila dah mendidih, masukkan lobak merah serta perasakan dengan garam.
  4. Sambil kacau kuah sup tersebut, tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel ye
  5. Kemudian, masukkan tauhu yang telah kita goreng tadi
  6. Slow kan api,.masukkan telur kita pukul tadi secara lingkaran (maknanya jangan tuang setempat)
  7. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya agar telur tersebut nampak macam bertali.


Step akhir, tabur daun bawang dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan untuk ahli keluarga. Cara membuat sup tauhu telur mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam.

> Resepi Begedil Tauhu Sumbat Sedap Simple Mudah

No comments:

Post a Comment

×