Resepi Meringue Kisses Mudah Guna 2 Bahan Tanpa Cream Of Tartar Sedap

Resepi Meringue Kisses 2 Bahan Sedap Mudah Simple Tanpa Cream Of Tartar. Salam semua, petang ini saya nak kongsikan meringue kisses 2 bahan yang mudah dan sedap. Selain, ianya sesuai digunakan untuk deko kek seperti kek monogram viral sekarang ni. Saya selitkan resepi meringue kisses sedap dekat bawah : 

Resepi Meringue Kisses Tanpa Cream Of Tartar
Resepi Meringue Kisses Mudah



Resepi Meringue Kisses Tanpa Cream Of  Tartar

Bahan untuk resepi meringue kisses simple :

  1. Dua biji telur ayam ( ambil putih telur je )
  2. 150 gram gula kastor


Cara Buat Meringue Kisses

Cara membuat meringue kisses :

  1. Satukan kedua dua bahan diatas
  2. Kemudian, panaskan guna kaedah double boil dan kacau sampai gula larut
  3. Apabila gula dah larut, putarkan adunan tersebut dengan kelajuan sederhana.
  4. Letak pewarna dan kembali putar dengan kelajuan maximum
  5. Bila dah stiff peak, matikan mixer
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag
  7. Pipingkan adunan atas loyang secara konsisten.


Step akhir, bakar pada suhu 130 selama empat puluh minit atau sampai masak bergantung kepada oven masing-masing. Cara buat meringue kisses mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

×