Resepi Roti Jala Coklat Sukatan Cawan Mudah Sedap Kuah Manis Simple Viral.  Mula mula saja ja buat roti jala kuah coklat untuk makan bersama anak-beranak di rumah, kini dah bertukar menjadi salah satu sumber pendapatan sampingan. Ni semua gara gara encik suami bawa pergi tempat kerja dia roti jala moden yang saya buat hari tu. Rakan sekerja dia nak tempah dalam seratus set untuk jamuan kecil kecilan sempena majlis kesyukuran anak.Ada yang suka tak dengan roti jala sos coklat ni ? Atau ada yang nak meniaga untuk cari duit poket lebih sikit, mungkin boleh cuba resepi roti jala coklat sedap sukatan cawan yang saya kongsikan dekat bawah ya :

Roti Jala Coklat Resepi
Resepi Roti Jala Coklat Sukatan Cawan


Resepi Roti Jala Coklat Mudah Sukatan Cawan Ringkas Paling Sedap

Roti Jala Kuah Manis
Roti Jala Kuah Coklat


Bahan untuk resepi roti jala coklat simple :

  1. Tiga caawan tepung gandum
  2. Dua biji telur
  3. Tiga sudu besar serbuk koko
  4. Tiga sudu besar gula
  5. Garam sikit
  6. Tiga sudu besar minyak masak
  7. Setengah cawan susu cair
  8. Air sikit ( adunan jangan pekat dan jangan cair sangat )


Cara Buat Roti Jala Sukatan Cawan

Cara Buat Roti Jala Sukatan Cawan
Cara Membuat Roti Jala Coklat


Cara buat roti jala coklat :

  1. Satukan semua bahan dan blend sampai sebati ( biar ada satu pusar yang boleh masuk ibu jari dekat tengah, kalau takde tambah air sikit )
  2. Kemudian, masukkan dalam acuan roti jala tiga kaki

Step akhir, panaskan kuali non stick dan jala sampai masak adunan tersebut. Tak perlu terbalikkan ya. Lepas masak, angkat dan terus gulung. Setel. Cara membuat roti jala coklat mudah je kan, sekarang jom kita buat kuah coklat roti jala pula. 


Resepi Kuah Coklat Roti Jala

Roti Jala Resepi
Resepi Roti Jala Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi sos coklat roti jala :


  1. 200 gram coklat masakan
  2. 200 gram susu fullcream atau susu cair

Cara Buat Kuah Roti Jala

Resepi Kuah Manis Roti Jala Coklat
Resepi Roti Jala Kuah Manis Coklat


Cara membuat kuah roti jala :
  1. Double boiler kedua dua bahan diatas.
  2. Siap.

Dah boleh hidangkan atas meja untuk santapan ahli keluarga atau tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara buat roti jala kuah manis coklat mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.