Cara Mengundi Mentor Otai 2018. Selepas menguji bakat lebih seribu orang calon bermula Januari hingga Februari lalu, 4 orang mentor iaitu Zarul Husin, Siti Sarah, Misha Omar, serta Tam Spider sudah mengenalpasti dan memilih tiga orang peserta setiap seorang untuk diketengahkan pada konsert mentor otai 2018 yang akan bermula pada 18 Mac di TV3.

Mentor Otai 2018
Cara Mengundi Mentor Otai

.
Cara Undi Mentor Otai 2018

Mentor Otai TV3 yang bakal di acarakan oleh Haziq Hot FM bersama Elly Mazlein akan mula menemui penonton secara langsung di TV3 pada setiap hari Ahad bermula jam 9 malam. Semua persembahan akan di adili oleh juri tetap iaitu Mark Adam dan Edry Abdul Halim. Juara Mentor Otai bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000, RM50,000 (tempat ke-2) dan RM20,000 untuk tempat ke-3.

Mentor Otai TV3
Cara Undi Mentor Otai


Cara Nak Undi Mentor Otai


Siapa Juara Mentor Otai 2018 ? Protege manakah yang manakah menjadi pilihan penonton ? Semuanya terletak pada undian anda. Sementara undian masih dibuka, jom saya kongsikan cara undi mentor otai tv3 :

  1. Klik Sini
  2. Pilih protege pilihan anda
  3. Kemudian, klik "Ya, Saya Pasti "  bagi mengesahkan undian anda.


Semua penonton hanya diberi peluang untuk mengundi seorang protege sahaja pada setiap minggu. Serta, undian hanya dibuka bermula jam 9 malam sampai habis persembahan yang terakhir atau sehingga pengacara rancangan membuat pengumuman secara live bahawa undian telah ditutup. Sekian, terima kasih dan selamat mengundi protege pilihan anda.