Resepi Kerang Air Asam Thai Asli Original Tradisional Mudah Sedap Simple Viral. Saya akhirnya terjebak juga dengan resepi kerang rebus viral ini. Kerang air asam thai ke apa nama dia ? Sedap sangat rasa dia. Merecik gitu. Rugi kalau peminat kerang tidak mencuba resepi kerang air asam ala thai yang saya kongsikan dekat bawah. Saya sendiri dah dua tiga kali buat kerang rebus dan air asam untuk santapan bersama keluarga terchenta dalam minggu ini sahaja.

Kerang Air Asam Thai Resepi
Resepi Kerang Air Asam Thai


Resepi Kerang Air Asam Thai Mudah Simple Paling Sedap Pedas Manis

Bahan untuk resepi kerang air asam thai viral :

Resepi Kerang Air Asam Ala Thai
Kerang Air Asam Ala Thai


Bahan A :

1. Satu kilogram kerang ( basuh dan rebus sampai masak ). Kalau nak tahu cara rebus kerang dengan betul boleh tengok pada link di sebelah, Cara Merebus Kerang Agar Terbuka Cepat Isi Tidak Kecut Dan Bersih Berkilat.


Bahan B :

  1. Lima ulas bawang putih
  2. Enam hingga tujuh biji cili api (ikut tahap kepedasan yang kita nak, boleh tambah atau kurangkan )
  3. Satu setengah keping kecil gula kabung/ gula melaka
  4. Satu sudu kecil pes asam jawa adabi ( kacau bersama dua sudu besar air panas, tahap kemasaman ikut selera masing- masing )
  5. Satu sudu kecil garam halus
  6. Dua biji limau nipis
  7. Satu biji tomato


Cara Buat Kerang Air Asam Thai

Kerang Air Asam Thai Sedap
Kerang Air Asam Thai


Cara membuat kerang rebus enak :

  1. Rebus kerang sampai masak. Kopek sebelah. Asingkan seketika.
  2. Tumbuk cili padi, bawang putih, gula melaka serta tomato. Jangan lumat sangat tau, sedang-sedang je.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau sampai rata dan sebati
  4. Perah air limau nipis. Kulit limau jangan buang, masukkan sekali ye.
  5. Masukkan garam dan kacau lagi hingga sebati.

Kerang Rebus Dan Air Asam
Kerang Air Asam Resepi


Step akhir, Curahkan air asam ke atas kerang kita asingkan tadi. Siap untuk diratah atau dimakan bersama nasi putih panas-panas. Cara membuat kerang air asam thai mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.