Resepi Ayam Masam Manis Ala Thai Sedap Mudah Simple Sweet Sour

Resepi Ayam Masam Manis Ala Thai Sedap Mudah Simple Sweet Sour.  Siapa pernah makan ayam masam manis thai ? Sedap sangatkan. Rasa pedas, masam manis cukup gitu. Saya kalau ada lauk ayam sweet sour thai atau ayam masam manis ala cina boleh menambah nasi sampai tiga pinggan tau. Tak pandang dah lauk lain. Kepada yang belum merasa dan ingin cuba, boleh ambil resepi ayam masam manis thailand yang saya minta dari tukang masak kedai makan berhampiran rumah saya. Saya hanya derhaka sikit je sebab tak letak daun limau purut sebab kehabisan stok.

Ayam Masam Manis Simple
Resepi Ayam Masam Manis Ala Thai


Resepi Ayam Masam Manis Thai Sedap Simple Paling Mudah

Bahan untuk ayam masam manis simple :

Bahan A

  1. Setengah ekor ayam 


  • Potong ayam kepada beberapa bahagian dan gaul dengan garam serta kunyit 
  • Goreng sekejap ( jangan terlalu garing )



Bahan B : Blend


  1. Satu setengah biji bawang besar
  2. Lima ulas bawang putih
  3. Sedikit halia
  4. Sepuluh hingga lima belas biji cili padi
  5. Dua batang serai ( hiris )


  • Blend semua bahan diatas tapi jangan terlalu halus tau


Bahan C

  1. Tiga sudu besar sos cili
  2. Satu sudu besar sos ikan
  3. Tiga hingga empat helai daun limau purut
  4. Satu setengah sudu besar gula
  5. Sedikit garam
  6. Sedikit bahan perasa
  7. Satu cawan air untuk kuah
  8. Dua senduk minyak untuk menumis
  9. Lima hingga enam biji cili padi (hiris membulat)
  10. Satu biji bawang besar (hiris membulat)
  11. Sedikit daun ketumbar (saya letak daun sup sebab rumah habis stok)


Cara Masak Ayam Masam Manis

Cara membuat ayam masam manis :

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bahan kisar
  3. Masukkan gula, garam dan bahan perasa.
  4. Tumis sampai betul-betul naik minyak dan agak garing.
  5. Masukkan sos cili, sos ikan serta daun limau purut.
  6. Masukkan ayam dan air.
  7. Kacau rata.


Step akhir, biarkan mendidih dan kuah menjadi agak pekat. Kemudian, masukkan bawang besar serta cili potong. Gaul kasi rata. Rasa sikit untuk seimbangkan rasa dan kena dengan selera sendiri. Siap dan tutup api. Tabur daun ketumbar. Sekarang,dah boleh hidangkan bersama nasi putih panas-panas. Cara buat ayam masam manis mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

×