Resepi Kuah Yong Tau Fu Paling Sedap Mudah Simple Homemade Pasar Malam

Resepi Kuah Yong Tau Fu Paling Sedap Mudah Simple Homemade Pasar Malam. Siapa suka makan yong tau fu pasar malam ? Kita geng. Saya paling suka kuah merah, kalau pergi pasar malam kalau tak beli memang tak sah lah yong tau foo ni. Tapi hari ini saya ada buat sendiri memandangkan hari pasar malam kat tempat saya lambat lagi. Teringin sangat nak makan. Mengidam gitu. Saya dapat resepi kuah yong tau fu ni dari jiran sebelah rumah. Rasanya bukan nak puji diri sendiri tapi memang sedap dari pasar malam punya. Sesiapa yang nak cuba, saya kongsikan resepi kuah yong tau fu sedap dekat bawah ya :

Resepi Yong Tau Fu Paling Sedap
Resepi Kuah Yong Tau Fu Paling Sedap


Resepi Yong Tau Fu Paling Sedap Kuah Hitam Dan Kuah Merah

Buat masa sekarang, saya hanya ada resepi yong tau fu kuah hitam dan resepi yong tau fu kuah merah sahaja. Mungkin esok-esok kalau saya dapat resepi yong tau fu sup, saya akan update disini.

Resepi Kuah Yong Tau Fu Hitam 

Bahan untuk resepi yong tau fu kuah hitam ;

  1. Dua sudu makan taucu
  2. Dua sudu makan tepung gandum
  3. Dua sudu makan tepung jagung
  4. Tiga sudu makan kicap pekat
  5. Tiga sudu makan sos tiram
  6. Empat hingga lima sudu makan gula
  7. Tiga cawan air


Cara Buat Kuah Hitam Yong Tau Fu

  1. Blend semua bahan diatas sampai taucu halus
  2. Kemudian, masak atas dapur sampai mendidih.
  3. Siap.



Resepi Kuah Merah Yong Tau Fu

Resepi yong tau fu kuah merah :

Bahan A
  1. Setengah cawan kacang tanah yang telah siap dicoreng
  2. Satu sudu makan tepung gandum
  3. Satu sudu makan tepung jagung
  4. Empat hingga lima sudu makan gula
  5. Tiga cawan air
  6. Satu per empat sudu makan garam

Bahan B

  1. Minyak masak
  2. Tiga sudu makan cili blend
  3. Dua biji bawang putih


Cara Buat Kuah Merah Yong Tau Fu

Cara membuat kuah merah yong tau fu :

  1. Blend semua bahan A sampai kacang halus
  2. Kemudian, panaskan minyak masak.
  3. Tumis bawang putih dan masukkan tiga sudu cili blend.
  4. Tunggu hingga kering dan masukkan bahan A yang telah kita siap kita kisar tadi.
  5. Masak sekejap bagi kuah agak pekat ( dalam lima minit lebih kurang )
  6. Siap.


Haa sekarang dah boleh hidangkan bersama bahan-bahan seperti hot dog, sayur kangkung, bebola dan sewaktu dengannya. Cara buat kuah yong tau fu mudah je kan, Selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari.

No comments:

Post a Comment

×