Resepi Kuih Lompang Milo Sukatan Cawan Mudah Simple Moden Paling Sedap

Resepi Kuih Lompang Milo Sukatan Cawan Mudah Simple Paling Sedap. Siapa pernah makan kuih lompang milo ? Sedap yang amat tau. Anak-anak semua berebut nak makan. Biasanya kalau saya hidang kuih lompang tradisional nak masuk waktu senja pun tak habis-habis lagi. Jika ada yang nak cuba buat, boleh ambil resepi lompang milo sukatan cawan dekat bawah ya :


Resepi Kuih Lompang Milo
Resepi Kuih Lompang Milo Sukatan Cawan


Resepi Kuih Lompang Moden Sukatan Cawan Mudah Ringkas Paling Sedap

Bahan untuk resepi kuih lompang milo mudah :

  1. Dua Cawan Tepung Beras
  2. Empat Cawan Air
  3. Satu Sudu Air Kapur Sireh
  4. Satu Per Tiga Cawan Gula
  5. Tiga Sudu Makan Serbuk Milo

Kuih Lompang Sukatan Cawan
Resepi Kuih Lompang Sukatan Cawan



Cara Buat Kuih Lompang Milo

Cara membuat kuih lompang milo :

  1. Campurkam semua bahan,
  2. Kacau sampai sebati adunan tersebut.
  3. Tapis.
  4. Sapukan minyak sikit pada acuan 
  5. Tuang adunan kuih lompang milo ke dalamnya.


Kuih Lompang Recipe
Kuih Lompang Resepi


Step akhir, kukus selama sepuluh hingga lima belas minit menggunakan api sederhana. Jangan kukus terlalu lama ye untuk elak kuih lompang tidak kembang. Sekarang siap untuk dihidangkan bersama kelapa parut. Cara nak buat kuih lompang milo mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi lain kali.

No comments:

Post a Comment

×