Resepi Mee Sup Ayam Simple Mudah Ringkas Ala Cina Paling Sedap. Selalu makan nasi je kan. Bosan rasanya Jadi, hari ini saya ubah selera makan tengahari keluarga. Saya masak mee sup ayam atau pun bahasa orang kampung saya dikenali sebagai mee kuah. Jika terdapat mereka-meraka yang nak masak macam saya, saya ada sertakan sekali resepi mee sup ayam sedap. Sukatan main agak-agak sendiri je ye.

Mee Sup Ayam Sedap
Mee Sup Ayam Simple


Resepi Mee Sup Ayam Sedap Mudah Ringkas Dan Simple

Bahan untuk resepi mee kuah simple :

Bahan A

1. Mee kuning (celur sekejap dan asingkan seketika). Nak guna bihun pun boleh.

Mee kuning ni saya buat sendiri je tau. Saya lebih suka makan mee kuning homemade kerana lebih sihat gitu. Yang nak tau cara saya buat mee kuning sendiri boleh tengok pada link saya kongsikan dekat bawah :


Bahan B

  1. Bawang putih ( cincang )
  2. Ayam ( potong dadu )
  3. Lada hitam ( tumbuk kasar )
  4. Sawi
  5. Kiub ayam/lembu (ni pilihan sahaja, kalau tak nak letak pun boleh)
  6. Tomato
  7. Telur
  8. Garam
  9. Ajinamoto ( tak letak pun okey )
  10. Lada sulah


Cara Buat Mee Sup Ayam

Cara membuat mee sup ayam sedap :

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau. 
  2. Masukkan lada hitam
  3. Maasukkan ayam yang dah siap dipotong
  4. Masukkan air dan tunggu hingga mendidih serta daging ayam empuk
  5. Masukkan tomato, telur dan sawi.
  6. Perasakan dengan garam.


Step akhir, bila kuah dah masak dengan sempurna curahkan atas mee kuning yang kita asingkan tadi. Siap. Cara buat mee sup ayam simple je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.