Resepi Agar Agar Santan Gula Merah Sukatan Cawan Mudah Sedap Simple. Petang tadi saya buat agar-agar lumut gula merah yang mudah dan sedap. Alhamdulillah, syukur menjadi dengan jayanya Baru je siap potong ni.. Tapi tu lah, ada perangai yang tak best saya iaitu makan yang bahagian atas je tanpa makan bahagian bawah tu. Dari sejak kecil lagi saya memang macam tu, saya pun tak tahu kenapa. Ada yang suka tak ? Jom saya kongsikan resepi agar agar lumut sukatan cawan :

Resepi Agar Agar Santan Gula Merah Sukatan Cawan
Resepi Agar Agar Lumut Gula Merah Sukatan Cawan


Resepi Agar Agar Lumut Gula Melaka Sukatan Cawan Senang Ringkas Paling Sedap


Resepi Agar Agar Santan Gula Melaka Sukatan Cawan
Resepi Agar Agar Lumut Gula Melaka Sukatan Cawan


Bahan untuk resepi agar agar santan gula melaka sukatan cawan :


  1. Satu paket agar-agar tali (18 gram )
  2. Empat cawan air atau 1250 ml air kosong
  3. Satu sudu esen vanilla
  4. Satu biji telur
  5. Dua sudu gula putih (boleh kurangkan jadi satu sudu kalau tak suka manis)
  6. Satu kotak santan
  7. Satu  gula merah (kira boleh dapat setengah mangkuk putih ikea tu )


Agar Agar Santan Gula Merah Sukatan Cawan
Agar Agar Lumut Gula Merah Sukatan Cawan


Cara:Buat Agar Agar Lumut Gula Merah

Cara membuat agar agar lumut gula merah :



  1. Didihkan air
  2. Masukkan agar-agar tali
  3. Biar agar-agar tali hancur dalam tu. 
  4. Kemudian masukkan gula merah, gula putih, esen vanilla
  5. Masak sampai mendidih. 
  6. Dalam bekas lain, campurkan santan serta telur dan kacau. 
  7. Seterusnya tuang ke dalam periuk tadi


Agar Agar Santan Gula Melaka Sukatan Cawan
Agar Agar Lumut Gula Melaka Sukatan Cawan


Step akhir, masak dalam lima minit dulu guna api perlahan. Kemudian, kuatkan api dapur kasi dia naik buih dan terus tutup api dan  tuang ke dalam loyang. Sejukkan dan boleh dipotong. Siap. Cara nak buat agar agar lumut mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali. Semoga bermanfaat.